
Berteraskan disiplin komersial, kami bertekad menghasilkan pulangan kewangan di samping mencipta nilai sosial yang signifikan. Didorong oleh usaha wajar yang menyeluruh serta sasaran yang jelas, pelaburan ekuiti persendirian kami memacu pertumbuhan syarikat-syarikat secara mampan, membina usahawan yang berdaya tahan serta berdaya saing dan melahirkan syarikat peneraju industri Malaysia.
Ekuinas melabur dalam syarikat berpotensi tinggi melalui melalui pengambilalihan, pegangan terkawal atau pegangan minoriti strategik. Kami mentransformasikan dan mengembangkan syarikat-syarikat ini untuk menjadi peneraju pasaran dan pelaburan yang menguntungkan. Setelah nilai direalisasikan, Ekuinas akan melaksanakan strategi keluar dengan terancang bagi membolehkan fokus dialihkan kepada pertumbuhan serta penciptaan nilai untuk syarikat berpotensi tinggi seterusnya.

Ekuinas mempelawa syarikat-syarikat pasaran pertengahan Malaysia yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi dan komitmen untuk mengembangkan perniagaan, menjadi rakan niaga Ekuinas. Sila kemukakan kertas cadangan lengkap merangkumi maklumat seperti yang diperincikan di bawah.
Aktiviti utama Syarikat
Senarai Pemegang Saham
Lembaga Pengarah berserta profil
Ahli Pengurusan Kanan berserta profil
Penerangan produk dan perkhidmatan
Ringkasan keputusan kewangan 3 tahun lalu dan unjuran kewangan 3 tahun akan datang termasuk:
Pendapatan/ Untung Kasar
EDITDA / EBIT
PBT / PAT
Dana Pemegang Saham
Hutang
Pelupusan pelaburan penuh atau sebahagian / suntikan ekuiti baharu
Pegangan tersedia / Saiz perjanjian / Jumlah yang diperlukan
Keuntungan sebelum cukai (PBT) / Keuntungan selepas cukai (PAT)
Cadangan penggunaan hasil (jika melibatkan ekuiti baharu)
Saiz
Kadar Pertumbuhan
Ciri-ciri Industri
Pemain Pasaran