Ekuinas Logo
Identiti Kami
Mengenai KamiWarga KamiTadbir Urus Korporat
Peranan Kami
Ekuiti PersendirianKredit PersendirianPembangunan Kapasiti
Mencipta Nilai
ILTIZAM
Ruang Berita
BeritaPengumumanLaporan Tahunan
enbm
Mengenai KamiWarga KamiTadbir Urus Korporat
Ekuiti PersendirianKredit PersendirianPembangunan Kapasiti
Mencipta Nilai
ILTIZAM
BeritaPengumumanLaporan Tahunan

Alamat Pejabat

Ekuiti Nasional Berhad 200901025164 (868265-U)
Level 16, Surian Tower,
No.1, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

Emel:

info@ekuinas.com.my

Telefon:

+603 - 7710 7171

Faks:

+603 - 7710 7173

Identiti Kami
Mengenai KamiWarga KamiTadbir Urus Korporat
Peranan Kami
Ekuiti PersendirianKredit PersendirianPembangunan Kapasiti
Mencipta Nilai
Membangunkan Syarikat Pasaran Pertengahan MalaysiaMemperkasa Penyertaan BumiputeraMendorong Impak Bermakna melalui ILTIZAMKemampanan sebagai Pemangkin bagi Penciptaan Nilai
ILTIZAM
PendidikanPerniaaganKomuniti
Ruang Berita
BeritaPengumumanLaporan Tahunan
Hubungi Kami

© 2026 Ekuinas - Ekuiti Nasional Berhad

 hero image

Pembangunan Kapasiti

Merancakkan Pertumbuhan. Memperluaskan Akses Kepada Modal.

Pembangunan Kapasiti merupakan inisiatif strategik Ekuinas bagi memperkukuh dan mempercepat pertumbuhan syarikat Bumiputera dalam segmen pasaran pertengahan rendah melalui Pelan Penciptaan Nilai  yang disesuaikan. Inisiatif ini dirangka untuk memperkasa perniagaan agar berkembang secara mampan bersedia menerima pelaburan dan berpeluang memperoleh akses kepada modal.

Pembangunan Kapasiti mencerminkan komitmen berterusan kami dalam memperkasa ekonomi Bumiputera secara tersusun, boleh diukur dan berimpak tinggi. Inisiatif ini membolehkan kami melangkaui penyediaan modal dengan membina perniagaan yang berdaya tahan, mampu berdikari, bersaing secara strategik serta berkembang mengikut hala tuju yang mereka tetapkan.

Menyokong Generasi Baharu Peneraju Bumiputera

Dalam tempoh tiga (3) tahun, syarikat-syarikat terpilih akan menerima intervensi strategik yang merangkumi enam (6) teras asas perniagaan utama. Teras-teras ini diperkukuh dengan inisiatif kepimpinan transformasional serta program pemerkasaan pelabur bagi membuka akses kepada modal dan pasaran baharu.

Semua Pelan Penciptaan Nilai dilaksanakan bersama rakan kongsi berkaliber dan dipantau oleh pasukan Pembangunan Kapasiti di Ekuinas yang terdiri daripada pakar pelaburan profesional dan pakar dalam bidang-bidang spesifik. Matlamat kami adalah memastikan syarikat yang terlibat bersedia untuk menerima pelaburan, sekali gus membuka peluang kepada modal baharu dan pasaran baharu.

Laluan Pertumbuhan Berimpak Tinggi

Kami mengalu-alukan permohonan daripada syarikat milik Bumiputera Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

Menjana hasil tahunan antara RM15 juta hingga RM50 juta

Menunjukkan keuntungan yang konsisten serta mempunyai hasrat jelas untuk berkembang

Mempunyai rekod operasi sekurang-kurangnya 3 tahun

Beroperasi dalam sektor di mana penyertaan Bumiputera adalah rendah

Hubungi Kami