
Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) ialah sebuah firma modal persendirian yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 1 September 2009 bagi memacu pembangunan nilai ekonomi Bumiputera yang saksama serta meningkatkan penyertaan ekonomi Bumiputera secara menyeluruh. Kami menumpukan usaha kepada pembinaan syarikat peneraju generasi baharu Malaysia dan melahirkan usahawan berprestasi tinggi, di samping memperkukuh penglibatan Bumiputera dalam pemilikan ekuiti, pengurusan, peluang pekerjaan dan rantaian bekalan. Dengan lebih sedekad pengalaman pelaburan, kami mengamalkan pendekatan berteraskan pasaran yang berpaksikan merit dan ketelusan.
Pada Januari 2025, Ekuinas telah disatukan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) dan seterusnya menjadi anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Kini, Ekuinas berperanan sebagai cabang Modal Persendirian Domestik PNB, sekali gus memperkukuh mandat kami dalam memacu penciptaan nilai jangka panjang serta menyokong pembangunan Bumiputera.


Setakat daripada FY2024


1.
2.
3.
4.
5.
6.
Didorong secara komersial dan komited untuk menjana nilai yang mampan:
Untuk memupuk penyertaan ekonomi Bumiputera yang adil dan saksama merangkumi empat dimensi utama: